
Beliau adalah En. Jumaat bin Hj. Mahadi, seorang guru tempatan yang menetap di Simpang Renggam. Sebelum menjawat jawatan guru besar di SK Seri Kampung Renggam, beliau merupakan Guru Penolong Kanan Kurikulum (GPK1) di SK Dato' Onn Jaafar, Simpang Renggam. Beliau yang mempunyai kepakaran dalam matapelajaran Matematik dan juga Pendidikan Seni memberi peluang untuk SK Seri Kampung Renggam meningkatkan pencapaian yang lebih baik dalam mata pelajaran terbabit terutama untuk pelajar tahun 6 yang akan menghadapi UPSR.
Kami warga SKSKR, guru dan kakitangan mengalu-alukan kedatangan beliau ke SK Seri Kampung Renggam. Seperti dengan guru-guru besar yang lalu, kami akan memberikan kerjasama yang kukuh kepada En. Jumaat dalam meningkatkan pencapaian sekolah sama ada dalam bidang kurikulum, kokurikulum dan juga sahsiah pelajar.
Kepada En. Zukafli yang menjawat jawatan Guru Besar di SK Renchong kami mengucapkan selamat bertugas di sekolah baru dan selamat maju jaya. Kepada En.Jumaat, selamat datang kami ucapkan dan semoga terus membimbing SKSKR ke arah kecemerlangan yang lebih baik bagi tahun-tahun akan datang.
0 Komen:
Post a Comment