Acara tarik tali antara rumah2 sukan. Acara saringan diadakan awal bagi mencari wakil ke perlawanan akhir yang diadakan pada hari kemuncak sukan nanti. Ketiga2 rumah sukan berentak sesama sendiri bagi memasuki perlawanan akhir nanti. Acara ini dibahagi kepada 2 kategori iaitu lelaki terbuka dan perempuan terbuka.
tarik.. tarik... tarik.... Alahai....penatnya menarik tali. Cikgu pulak penat menjerit. Tak kisah la sakit tekak ke apa, janji kumpulannya menang.
Jadi keputusannya ......................... untuk kategori lelaki terbuka, perlawanan akhir akan menemukan Rumah Biru dan Rumah Merah. Manakala kategori perempuan terbuka pula akan menemukan juga Rumah Biru dan Rumah Merah. Hah.. tu suka la guru2 rumah Biru dan Merah tu. Eh... mana pulak guru Rumah kuning ni..?
0 Komen:
Post a Comment