
Majlis yang diadakan pada pukul 12.20 tengahari itu dihadiri oleh ibu bapa serta murid dan sumbangan disampaikan oleh En. Ferhan bin Sugip iaitu dari Bahagian Zakat, Pejabat Agama Daerah Kluang yang mewakili MAIJ. Majlis dimulakan dengan bacaan doa oleh Ustaz Noor Azali, diikuti dengan ucapan Guru Besar En. Zulkafli bin A. Bakar dan seterusnya ucapan wakil MAIJ, En. Ferhan bin Sugip.

Pihak sekolah dan MAIJ mengharapkan agar bantuan ini dapat membantu dan memudahkan murid untuk kegunaan berulang-alik ke sekolah. Semoga basikal yang disumbangkan ini dapat dijaga dan gunakan sebaik mungkin oleh murid-murid untuk keselesaan mereka.




0 Komen:
Post a Comment