31 December 2007

Keputusan Ujian Penilaian Sekolah 2007 SK Seri Kampung Renggam amat memberangsangkan, di mana SKSKR mendapat anugerah Anugerah Sekolah Cemerang UPSR kategori SKM (Sekolah Kurang Murid) negeri Johor. Calon yang mengambil peperiksaan UPSR tahun ini adalah seramai 17 orang. Bilangan pelajar yang mendapat 5A pula adalah seramai 5 orang, 4A seramai 4 orang dan 3A hanya seorang. Walaupun bilangan calon tak ramai tapi kena ingat setiap calon memegang peratusan yang tinggi.Maknanya jika seseorang yang calon gagal maka peratusan yang jatuh juga akan tinggi.


(Sila klik untuk imej yang lebih besar)

Bagi analisis matapelajaran pula, Bahasa Melayu Pemahaman, Matematik dan Bahasa Inggeris mencatatkan kelulusannya 94.1% dengan masing-masing seorang gagal manakala Bahasa Melayu Penulisan dan Sains mencatatkan 100% kelulusan. Keputusan keseluruhan adalah 94.1%. Satu keputusan yang tertinggi dari tahun2 sebelumnya. Dengan keputusan yang baik ini SKSKR mendapat anugerah Lonjakan Saujana dari JPN Johor. Terima kasih diucapkan kepada guru2 tahun 6 yang bertungkus lumus mengajar yang terdiri daripada Pn. Sarlina Madon yang mengajar Bahasa Melayu, Pn. Kanagisvare a/p Valliappan (Bahasa Inggeris), Pn. Azizah Saad/Cik Zawil Fathiyah Paidi (Matematik) dan Pn. Hadhirah bt. Abu Samah (Sains) serta juga guru2 lain dan para pelajar yang juga tak jemu mentelaah dan mengulangkaji pelajaran hingga mencatatkan keputusan yang amat memberangsangkan ini.
Posted by Zuri On 20:26 1 comment

1 Komen:

aiman najihah said...

Salam buat seluruh warga skskr~
saya wakil calon upsr 2007 ingin mengucapkan...
slmt menyambut bulan ramadan al mubarak.Semoga diberkati dalam bulan yang mulia ini...

  • RSS
  • Delicious
  • Digg
  • Facebook
  • Twitter
  • Linkedin
  • Youtube

Blog Archive

Guru Besar


Photobucket

ATAN BIN ABD RAHMAN
Guru Besar

Pesanan Kepada Kami

Nuff

Portal KPM