27 February 2017

Sekitar Majlis Sambutan Maulidur Rasul 1438H SK Seri Kampung Renggam yang diadakan pada 26 Februari 2017. Ceramah Maulidur Rasul disampaikan oleh ustaz Hj. Mohamad Azali bin Abdan, GPI SK Seri Maju Jaya Kluang.











Terima kasih kepada AJK PIBG serta PIBK yang turut sama menyumbang tenaga dan barngan bagi menjayakan sambutan kali ini. Kepada para penderma juga diucapkan jutaan terima kasih, semoga sumbangan anda diberkati oleh Allah s.w.t.
Posted by Zuri On 22:21 No comments READ FULL POST

16 February 2017


 Kejohanan merentas desa 2017 diadakan pada 14 Januari 2017. Pada kali ini kejohanan ini juga disertai oleh komuniti (PIBK). Mereka juga bersama-sama pelajar sekolah menyertai kejohanan ini.


 Para peserta dilepaskan oleh guru besar En. Atan bin Ab Rahman. Peserta melalui trek di sekitar kampung Tengah yang sejauh 3.5KM.





Posted by Zuri On 17:39 No comments READ FULL POST

21 October 2016

Selamat datang diucapkan kepada En. Atan bin Abd Rahman ke SK Seri Kampung Renggam. Beliau diamanahkan untuk menjawat jawatan guru besar SK Seri Kampung Renggam bermula 15 September 2016.View blog



Semoga dengan kehadiran beliau, SK Seri Kampung Renggam dapat meneruskan lagi legasi kecemerlangan di peringkat daerah, negeri malah di peringkat kebangsaan.
Posted by Zuri On 14:23 No comments READ FULL POST
SK Seri Kampung Renggam telah mewakili daerah Kluang dalam ASISS KPM 2016 di peringkat negeri Johor dalam bahagian Musolla Imarah Sekolah Rendah.

 Penilaian dibuat oleh Tn. Hj. mahmod bin Kasim, Penolong Pengarah Pengurusan Kepimpinan JPN Johor dan Pn. Siti Aloha bt Yahya, Penyelia Kanan PEmbangunan Insan dan Pemikiran JPN Johor.

 Kehadiran mereka diiringi oleh Tn. Hj. Jaafar bin Maamun, dari PPD kluang. Penilaian mereka berdasarkan prasarana musolla serta fail-fail berkaitan dengan pengurusan musolla.

 Pembentangan dari pihak sekolah pula disampaikan oleh Pn. Hjh. Zaleha bt Salleh, Guru Penolong Kanan 1.

 Semoga musolla Al Mustaqim, SK Seri Kampung Renggam beroleh kejayaan di peringkat negeri Johor.







Posted by Zuri On 11:42 No comments READ FULL POST

19 October 2016

Montaj yang disediakan sempena penilaian ASISS KPM 2016 bagi penilaian Musolla Al Mustaqim SK Seri Kampung Renggam.




Posted by Zuri On 14:43 No comments READ FULL POST

26 May 2016

Persembahan multimedia sempena majlis persaraan En Jumaat bin Hj Mahadi Guru Besar SK Seri Kampung Renggam yang berlangsung pada hari Selasa 24 Mei 2016. Walau bagaimanapun beliau akan bersara pada 2 Julai 2016. Majlis ini di awalkan memandangkan pada tarikh persaraannya jatuh pada akhir Ramadan.


Terima kasih kepada semua yang telah memberi kerjasama dalam menjayakan majlis ini terutama ajk PIBG yang turut sama bermandi peluh dalam menjayakan majlis tersebut. IsyaAllah gambar-gambar berkaitan dengan majlis ini akan dimuat naik kemudian nanti.

Videonya : 

Posted by Zuri On 19:58 No comments READ FULL POST

21 May 2016

Kunjungan guru besar, guru-guru dan kakitangan SK Sungai Boh, Kukup, Pontian ke SK Seri Kampung Renggam pada hari Sabtu, 21 Mei 2016. Kunjungan ini disertai bersama oleh En Mohd Zain bin Husin Pegawai PPD Perhubungan Pontian.







Kunjungan ini dibuat untuk meninjau suasana sekolah untuk meningkatkan kecerian sekolah. Terima kasih atas kunjungan ini.
Posted by Zuri On 23:04 No comments READ FULL POST
  • RSS
  • Delicious
  • Digg
  • Facebook
  • Twitter
  • Linkedin
  • Youtube

Blog Archive

Guru Besar


Photobucket

ATAN BIN ABD RAHMAN
Guru Besar

Pesanan Kepada Kami

Nuff

Portal KPM