Showing posts with label Umum. Show all posts
Showing posts with label Umum. Show all posts

03 January 2013



Hari pertama sesi persekolahan 2013 di SK Seri Kampung Renggam berjalan dengan lancar. Suasana biasa aktiviti pembelajaran dan pengajaran boleh dilihat sepenuhnya pada hari tersebut. Dapat dilihat juga, ada ibu bapa yang menghantar anak-anak mereka yang pertama sekali menjejakkan kai ke sekolah terutamanya para pelajar pra sekolah.






 Suasa bilik darjah yang konduksif telah disediakan oleh guru-guru kelas dengan kerjasama pekerja sekolah sebelum sesi persekolahan bermula lagi. Suasana ini disediakan supaya para pelajar boleh mengikuti sesi pembelajaran dan pengajaran dengan selesa pada hari pertama persekolahan mereka.



Suasana yang berlainan juga boleh dilihat di kelas pra sekolah. Sebilangan besar mereka sudah biasa dengan suasana sekolah, walau bagaimanapun ada sebilangan mereka yang baru menjejakkan kaki ke sekolah mempunyai perasaan yang berlainan di sini tetapi dengan pengalaman guru serta pembantu prasekolah dapat mengatasi masalah tersebut.




 Hari pertama persekolahan untuk sesi 2013 di SK Seri Kampung Renggam boleh dikatakan berjalan dengan lancar sejajar dengan kehendak Pejabat Pelajaran Daerah dan juga Jabatan Pelajaran Negeri.

Posted by Zuri On 11:19 No comments READ FULL POST

13 March 2012

Tahniah diucapkan kepada En. Jumaat bin Hj. Mahadi, guru besar SK Seri kampung Renggam atas anugerah Tawaran Baru(New Deal) 2011. Beliau merupakan salah seorang daripada 72 orang guru besar seluruh Johor yang menerima anugerah tersebut. Ini merupakan kali kedua beliau menerima anugerah tersebut. Kali pertama adalah pada tahun 2011 untuk penilaian tahun 2010.

Majlis penyampaian anugerah berkenaan akan berlangsung di Auditorium Bahagian Teknologi Pendidikan, Kementerian Pelajaran Malaysia, Persiaran Bukit Kiara, Kuala Lumpur pada 15 Mac 2012 jam 9.00 pagi. YAB Tan Sri Dato Muhyiddin bin Haji Mohd Yassin, Timbalan Perdana Menteri Malaysia merangkap Menteri Pelajaran Malaysia akan menyempurnakan majlis penyampaian anugerah tersebut kepada semua penerima dari seluruh negara.
Posted by Zuri On 18:01 No comments READ FULL POST

03 March 2012

Sambutan Maulidur Rasul peringkat SK Seri Kampung Renggam telah diadakan pada hari sabtu, 3 Mac 2012 bertempat di SK Seri kampung Renggam sendiri.

Sambutan dimulakan dengan perarakan murid-murid serta guru dari Balai Raya Kg. Tengah hingga ke perkarngan sekolah. Murid-murid membawa sepanduk bersempena dengan tema sambutan.

Majlis yang dikelola oleh Panitia Pendidikan Islam yang dipimpin oleh Ustaz Mohd Zabri Kamdi dan Cik Nor Asmini Yaacob berjalan dengan lancar dengan beberapa aktiviti pertandingan dijalankan antaranya ialah bercerita, hafazan, menulis jawi dan lain-lain.

Jamuan untuk majlis ini disediakan oleh guru, kakitangan dan juga dari AJK PIBG. Murid-murid serta warga sekolah akan menjamu selera sewaktu majlis berhenti rehat nanti.


Ceramah Maulidur Rasul pula disampaikan sendiri oleh ustaz Mohd Zabri bin Kamdi (Guru Pendidikan Islam SK Seri Kg. Renggam) selepas selesai En. Jumaat selaku guru besar menyampaikan ucapan.


Hadiah-hadiah pertandingan akan disampaikan sewaktu perhimpunan mingguan di minggu akan datang. Pihak sekolah mengucapkan ribuan terima kasih kepada pera penderma yang menyumbangkan wang ringgit, barangan dan juga tenaga dalam menjayakan masjlis ini.
Posted by Zuri On 19:53 No comments READ FULL POST

03 February 2012

Latar Belakang

Penubuhan Sekolah Kluster terkandung dalam Bab 9 Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP) yang telah dilancarkan pada 16 Januari 2006. Pewujudan Sekolah Kluster adalah berdasarkan pendekatan kedua PIPP iaitu untuk mengembangkan sepenuhnya potensi sekolah dalam kluster kecemerlangan yang mekanismenya dinyatakan dalam Teras Strategik Ke-6, Melonjakkan Kecemerlangan Institusi Pendidikan. Tinjauan literatur menunjukkan bahawa amalan mengelompokkan sekolah dilaksanakan di luar Negara untuk peningkatan kualiti pendidikan. Pengelompokan yang dilaksanakan di luar Negara adalah berasaskan lokaliti ataupun kecemerlangan.

Definisi

Sekolah kluster ialah satu jenama yang diberi kepada sekolah yang dikenal pasti cemerlang dalam klusternya daripada aspek pengurusan sekolah dan kemenjadian murid. Pewujudan sekolah kluster bertujuan melonjakkan kecemerlangan sekolah dalam sistem pendidikan Malaysia dan membangun sekolah yang boleh dicontohi oleh sekolah dalam kluster yang sama dan sekolah lain di luar klusternya.

Tujun

Sekolah Kluster diwujudkan bagi melonjakkan kecemerlangan sekolah dalam sistem pendidikan Malaysia

Pelaksanaan

Terdapat tiga jawatankuasa yang ditubuhkan bagi melaksanakan konsep sekolah kluster. Jawatankuasa tersebut ialah ;

• Jawatankuasa Pemilihan Sekolah – dipengerusikan oleh Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia
• Panel Penasihat – dipengerusikan oleh YBhg. Tan Sri Datuk Seri Panglima Dr Abdul Rahman Arshad.
• Jawatankuasa Pelaksana – dipengerusikan oleh Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia (Jabatan Sekolah)

Pelaksana sekolah kluster adalah berasaskan kepada proses desentralisasi yang melibatkan pengupayaan sekolah menerusi pemberian autonomi terpimpin. Pandangan stakeholder seperti PIBG, Alumni, pemimpin sekolah dan guru turut diambil kira dalam pelaksanaan sekolah kluster. Mereka telah terlibat secara langsung dalam Bengkel Autonomi Sekolah Kluster Kementerian Pelajaran Malaysia yang telah diadakan pada 19-20 Mac 2007. Panel Penasihat Sekolah Kluster pula akan membantu menyumbangkan kepakaran mereka bagi memastikan pelaksanaan sekolah kluster dapat berjalan dengan jayanya.

Kriteria Pemilihan Sekolah Kluster

Pemilihan sekolah kluster akan dibuat berdasarkan kepada kluster berikut :

• Sekolah Rendah yang terdiri daripada Sekolah Kebangsaan (SK), Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC), Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) dan Sekolah Orang Asli.
• Sekolah Menengah yang terdiri daripada Sekolah Berasrama Penuh (SBP), Sekolah Menengah Teknik (SMT), Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA), Sekolah Menengah Harian, Sekolah Premier, Sekolah Seratus Tahun, sekolah dalam persekitaran Putrajaya dan Cyberjaya dan Sekolah Model Khas.
• Sekolah Rendah Pendidikan Khas (SPK) dan Sekolah Menegah Pendidikan Khas(SMPK), dan Sekolah Menengah Pendidikan Khas (SMPKV).
• Sekolah Antarabangsa dan Sekolah swasta
• Institusi lepas menengah seperti Kolej Matrikulasi dan Institut Pendidikan Guru (IPG)

Pemilihan sekolah tersebut perlu memenuhi prasyarat dan syarat berikut:

• Prasyarat Pertama
- Pengukuhan Standard Sekolah
• Sekolah mestilah mencapai sekurang-kurangnya Taraf Cemerlang berdasarkan Standard Kualiti Pendidikan Malaysia (SKPM)
• Prasyarat Kedua
• Kecemerlangan Kurikulum (Sekolah Rendah)
• Gred Purata Sekolah (GPS) untuk peperiksaan awam PMR dan SPM 3 tahun berturut-turut:

- SBP : GPS 2.5 dan ke bawah
- SMKA : GPS 3.0 dan ke bawah
- SMT : GPS 4.0 dan ke bawah
- sm Harian : gps 4.0 dan ke bawah

• Kecemerlangan Kurikulum (Sekolah Rendah)
• Sekolah Rendah Harian : 80% dan ke atas murid lulus semua mata pelajaran dalam UPSR, atau
• Peratus kelulusan menunjukkan peningkatan; atau
• GPS UPSR : 2 dan ke bawah

Syarat pemilihan

• Kecemerlangan murid dalam aspek :

i) Akademik
ii) Kokurikulum
iii) Sahsiah

• Pengurusan sekolah berwawasan dan berkesan
• Pembangunan sumber terurus dan digunakan secara optimum
• Pemimpin sekolah mengamalkan kepimpinan berkualiti
• Pengurusan pengajian dan pembelajaran yang berkesan
• Iklim sekolah kondusif untuk pembangunan modal insan
• Keberkesanan pelaksanaan program KPM
• Sekolah berwatak

Sekolah yang memenuhi prasyarat dan syarat yang ditetapkan di atas boleh mengemukakan permohonan dan prosedur pemilih adalah seperti berikut ;

• Langkah 1: Penerimaan pencalonan
• Langkah 2: Penilaian menggunakan instrument SKPM dan Annex
• Langkah 3: Penentuan standard (standard fixing) oleh JK Pelaksana Sekolah Kluster
• Langkah 4: Kesahan calon dalam Mesyuarat Hal-Hal Profesional
• Langkah 5 : Calon dimaklumkan kepada Lembaga Penasihat
• Langkah 6: Pengumuman oleh YB Menteri Pelajaran


Pengurusan Sekolah Kluster

Pemimpin sekolah kluster ialah :

• Pengetua/Guru Besar (DG52/DGA 36)
• Pemimpin yang terpilih memenuhi syarat pemimpin cemerlang
• Jawatan : school-based post

Guru-guru sekolah kluster pula :

• Memenuhi criteria Guru Cemerlang
• Prestasi mereka akan menentukan sama ada mereka kekal mengajar di Sekolah Kluster
• Boleh mendapatkan perkhidmatan pakar mengikut niche areas sekolah dalam bidang kokurikulum secara kontrak atau sambilan
• Nisbah kelas : guru ialah 1:2

Kaedah pemilihan pelajar sekolah kluster :

• Kluster SBP, SMT dan SMKA kekal seperti amalan sedia ada
• Kluster lain, pengetua/guru besar diberi kuasa mengambil sejumlah kecil murid baru untuk bidang kebitaraan sekolah
• Ujian saringan sekolah

Akauntabiliti Pemimpin Sekolah

• Berpandukan

Key Performance Indicator (KPI)

i) pengurusan sumber manusia dan fizikal
ii) sumber kewangan
iii) pembangunan profesionalisme staf
iv) program kurikulum dan kurikulum berkesan
v) lulusan sekolah berkualiti: pencapaian akademik, kokurikulum dan sahsiah

Autonomi Sekolah :

Jenis Autonomi yang diberikan kepada sekolah berikut :

• Umum (untuk semua sekolah)
• Khusus (mengikut keperluan sekolah berlandaskan kepada jenis sekolah, pengajiannya dan niche areas

Autonomi yang diberikan juga merupakan autonomi terpimpin yang memerlukan kepada :

• Pematuhan piawai yang berikut:

i) Akta Pendidikan 1996
ii) Sistem Pendidikan Kebangsaan
iii) Akta Tatacara Kewangan 1957, Pekeliling Perbendaharaan dan Garis Panduan dan Surat-surat siaran
iv) SKPM

Senarai Bidang Autonomi

i) Pengurusan Sekolah
ii) Pengurusan Sumber Manusia
iii) Pengurusan Sumber Kewangan dan Sumber Fizikal
iv) Pengurusan dan Pelaksanaan Kurikulum
v) Pengurusan dan Pelaksanaan Kokurikulum.

* SK Seri Kampung Renggam dicalonkan sebagai Sekolah Kluster bagi tahun 2012.

Posted by Zuri On 20:12 No comments READ FULL POST

20 January 2012


Sekali lagi SK Seri Kampung Renggam akan didatangi oleh beberapa orang dari jemaah Nazir untuk membuat pemantauan berkenaan "New Deal" atau Tawaran Bai'ah untuk Guru Besar. Pemantauan akan dibuat berdasarkan tahun 2011. Aspek pemilihan adalah berdasarkan kepada penilaian SKPM dan juga nilai GPS sekolah bagi peperiksaan UPSR 2011. Pemantauan dijangka berlaku selepas cuti Tahun Baru Cina.

Bagi aspek pemantauan pula, pihak Jemaah nazir akan membuat pemantauan berkaitan sistem perfailan panitia, kewangan, bilik-bilik khas, buku rancangan mengajar guru, pemantauan guru mengajar dan juga beberapa aspek yang ditentukan.

Untuk makluman, pada tahun lepas, SK Seri Kampung Renggam berjaya mendapat "New Deal" untuk pemantauan tahun 2010. Semoga tahun ini, sekali lagi SK Seri Kampung Renggam berjaya mendapat tawaran tersebut yang memberi imbuhan berupa kewangan kepada guru besar dan juga guru-guru.

Posted by Zuri On 11:04 No comments READ FULL POST

03 January 2012


Guru-guru boleh mendapatkan Rancangan Mengajar Tahunan setiap mata pelajaran melalui ruangan Download di laman web SK Seri Kampung Renggam ni. Banyak link yang hilang telah diperbaiki. Saya juga telah memasukkan juga RPT-RPT terbaru untuk KSSR Tahun 2 dan juga Matematik Tahun 4 terkini yang telah saya kumpul di laman-laman sekolah lain dan ianya boleh dimuat turun di ruangan Download.

Dapatkan Rancangan Mengajar Tahunan terkini di sini. Sila laporkan jika ada link yang masih hilang atau mati.
Posted by Zuri On 16:17 No comments READ FULL POST

29 December 2011

Penjualan buku tulis dan peralatan sekolah telah diadakan pada hari Khamis, 29 Disember 2011. Pada hari ini bu bapa mengambil kesempatan datang ke sekolah untuk membeli peralatan sekolah untuk anak-anak mereka.

100% ibu bapa datang pada hari tersebut untuk membeli peralatan sekolah dan mendapatkan buku-buku teks baru untuk murid-murid tahun 1, 2 dan 4.

Posted by Zuri On 21:14 No comments READ FULL POST

20 December 2011

Hujan yang turun tanpa henti selama 3 hari telah menyebabkan kawasan rendah di sekitar Kampung Tengah Renggam telah dinaiki air. Keadaan ini menyebabkan beberapa keluarga terpaksa berpindah ke SK Seri Kampung Renggam yang dijadikan pusat pemindahan banjir untuk Kampung Tengah.

Pemindahan penduduk bermula petang 19 Disember 2011 dan sehingga tengahari 20/12/2011 seramai 35 orang dari 9 buah keluarga telah berada di pusat pemindahan banjir ini.


Bebeberapa agensi kerajaan seperti Pusat Kesihatan Renggan dan juga RELA telah mengadakan lawatan untuk memastikan keselesaan dan keperluan mangsa banjir dipenuhi dengan sempurna. Tidak lupa juga wakil dari PPD Kluang Tn. Hj. Sunani bin Sailan, datang melawat keadaan sekolah yang dijadikan pusat pemindahan banjir.

Setakat ini keadaan mangsa-mangsa di SK Seri Kampung Renggam berada di dalam keadaan yang amat memuaskan. Walaupun sekolah dijadikan pusat pemindahan banjir, aktiviti sekolah tetap berjalan dengan sempurna.
Posted by Zuri On 15:23 No comments READ FULL POST

17 November 2011

Pihak SK Seri Kampung Renggam telah mengadakan majlis penyerahan bantuan RM100 kepada ibu bapa/penjaga murid sempena bajet 2012 yang dibentangkan baru-baru ini bagi meringankan perbelanjaan ibu bapa/penjaga untuk persekolahan anak-anak.

Majlis tersebut diadakan pada 15 November di Dewan Al-Mawardi, SK Seri Kampung Renggam. Sebelum penyerahan bantuan dibuat, guru besar En. Jumaat Bin Hj. Mahadi telah menyampaikan taklimat berkenaan bantuan tersebut. Hampir kesemua ibu bapa/penjaga hadir pada majlis tersebut.

Pada majlis tersebut juga, ibu bapa mengambil peluang untuk menjelaskan pembayaran bagi alat tulis serta buku kerja bagi persekolahan anak mereka untuk tahun 2012.
Posted by Zuri On 08:30 No comments READ FULL POST

14 November 2011

Majlis Anugerah Cemerlang untuk pelajar-pelajar SK Seri Kampung Renggam akan diadakan seperti mana berikut :

Tarikh : 17 November 2011
Hari : Khamis.
Masa : Bermula Jam 10.00 pagi.
Tempat : Dewan Al-Mawardi SK Seri Kampung Renggam.
Tetamu Khas : Pn. Hjh. Badaronnisah bt Mohd. Shariff
Ketua Pergerakan Wanita UMNO Bahagian Simpang Renggam.

Ibu bapa serta penjaga dijemput hadir beramai-ramai bagi memeriahkan majlis tersebut. Terima kasih.
Posted by Zuri On 20:09 No comments READ FULL POST

08 November 2011




Selain dari sistem analisis pepriksan sendiri, pihak sekolah juga perlu melengkapkan pengisian markah peperiksaan dan ujian dalam portal SAPS(Sistem Analisis Peperiksaan Online) yang diwujudkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia. Melalui sistem ini pemantauan peperiksaan dan ujian sekolah boleh dipantau secara online diperingkat tertinggi iaitu dari PPD, JPN adn KPM sendiri. Ibu bapa juga boleh menyemak markah peperiksaan anak amsing-masing melalui portal ini.

Mesyuarat Penyelarasan Bersama JPN bagi Pelaksanaan SAPS Bil 2/2011 yang dipengerusikan oleh TKPPM (D) telah memutuskan bahawa tarikh akhir memasukkan markah bagi keseluruhan peperiksaan yang diwajibkan bagi tahun 2011 adalah pada 30 November 2011.

Portal SAP boleh diakses di http://saps.moe.gov.my/logout.php
Posted by Zuri On 08:47 No comments READ FULL POST
  • RSS
  • Delicious
  • Digg
  • Facebook
  • Twitter
  • Linkedin
  • Youtube

Blog Archive

Guru Besar


Photobucket

ATAN BIN ABD RAHMAN
Guru Besar

Pesanan Kepada Kami

Nuff

Portal KPM