29 December 2014

23 Disember 2014 - SKSKR menerima kunjungan muhibbah dari wakil PIBG dan KSIB SK  Pengkalan Raja,Pontian beserta wakil dari PPD Pontian ( En. Mohd Zain B. Husin) dan diserikan lagi dengan kehadiran En. Mohd Nazir B. Abd Rahman Wakil dari PPD Kluang. Majlis dimulai dengan kata alu aluan dan  pembentangan ringkas oleh Guru Besar SK Seri Kampung Rengaam, En.Jumaat Bin Hj Mahadi. Seterusnya, peserta lawatan dibawa untuk melihat keindahan SKSKR sambil bertukar-tukar pandangan bagi meningkatkan kecemerlangan dan keceriaan sekolah masing-masing.
Kemudian, peserta lawatan dibawa ke kantin untuk menikmati sedikit juadah yang telah disediakan sekaligus ucapan penutup oleh Pn. Hjh Ainon Bt Abd Rahman, Guru Besar SK Pengkalan Raja, Pontian.......Terbang kedidi terbang sekawan, Buangkan lelah di atas dahan, Kedatangan tuan kami alukan, Salah dan silap harap dimaafkan.








Posted by Zuri On 14:08 No comments

0 Komen:

  • RSS
  • Delicious
  • Digg
  • Facebook
  • Twitter
  • Linkedin
  • Youtube

Blog Archive

Guru Besar


Photobucket

ATAN BIN ABD RAHMAN
Guru Besar

Pesanan Kepada Kami

Nuff

Portal KPM