Sabtu, 12 Januari 2013 - Satu perjumpaan telah diadakan diantara ibu bapa dan guru-guru Tahun 6 bertempat di SK Seri Kampung Renggam. Tujuan perjumpaan ini adalah untuk berbincang mengenai aktiviti Tahun 6 untuk tahun 2013 serta masalah-masalah yang dihadapai oleh ibu bapa serta murid.
Selain itu, pihak sekolah melalui program ini menerangkan matlamat serta target untuk murid-murid tahun 6 dalam menghadapi peperiksaan UPSR yang akan datang. Kesemua ibu bapa serta murid tahun 6 hadir ke perjumpaan ini. Di pihak sekolah guru-guru tahun 6 serta guru besar hadir untuk sesi perbincangan.
1 Komen:
Syabas sekolah yang effektif
Post a Comment