• PROGRAM

  • PIBG

  • KURIKULUM

  • KOKURIKULUM

  • UMUM

  • GURU

  • UPSR

Majlis Khatam Al-Quran Ramadan 1432H

Majlis Khatam Al-Quran sempena bulan Ramadan 1432H telah berlangsung dengan selamat dan jayanya dibawah kelolaan Panitia Pendidikan Islam kelolaan Ustzah Nor Asmini Yaacob.

Majlis ini dihadiri oleh semua murid, guru serta kakitangan sekolah telah berlangsung di surau SK Seri Kampung Renggam pada 25 Ogos yang lalu.

Majlis pada hari itu dimulakan dengan khatam Al-Quran yang disertai oleh murid-murid dari tahun 5 dan 6, kemudian hadirin diperdengarkan pula dengan alunan nasyid dari persembahan murid-murid SK Seri Kampung Renggam.

Apabila selesai guru besar menyampaikan amanat kepada murid-murid sempena kehadiran Aidilfitri dan cuti sekolah, murid-murid di berikan sedikit duit raya serta bunga telur sebelum majlis berakhir.

Selepas ini sekolah akan bercuti selama seminggu sebelum sekolah dibuka semula dengan kesibukan murid tahun 6 untuk menghadapi Peperiksaan UPSR.

Filed Under: , ,

Terima Kasih

Terima kasih kerana melawat portal online SK Seri Kampung Renggam. Portal ini diwujudkan untuk menyebarkan maklumat mengenai aktiviti di SK Seri Kampung Renggam. Jika tidak keberatan, tinggalkanlah sedikit pesanan dan juga komen anda. Terima Kasih. Seri Kampung.
Post a Comment