23 March 2008

Mesyuarat Agung PIBG Kali ke 34 bagi SK Seri Kampung Renggam, berjaya diadakan dengan jayanya hari ini. Pihak sekolah telah menjemput YB Tn. Hj. Onn bin Mohd Yassin ADUN Layang-layang Johor untuk merasmikan majlis tersebut. majlis yang bermula jam 8.30 pagi itu bermula dengan kehadiran YB yang disambut oleh AJK PIBG dan guru-guru SKSKR.

Ia kemudian diikuti dengan ucapan alu-aluan oleh guru besar, ucapan YDP PIBG En. Ahamad bin Hussin dan seterusnya ucapan dan perasmian oleh YB Tn. Hj. Onn. YB berjanji untuk memberi sumbangan kepada pihak sekolah seperti mana yang diminta oleh pihak PIBG tetapi bergantung kepada kelulusan dari pihak atasan. Selepas itu majlis diteruskan dengan mesyuarat agung PIBG dan juga pemilihan AJK PIBG yang baru. Mesyuarat sebuat suara untuk mengekalkan AJK termasuk YDP dan NYDP yang lama hingga dua penggal lagi iaitu hingga 2010.

Ketibaan YB Tn. Hj. Onn. bin Mohd Yassin

En. Zulkafli bin Abd Rahman (Guru Besar), Tn. Hj. Onn bin Mohd Yassin (ADUN), En. Sajar bin Kumin (Ketua Kampung), En. Ahamad bin Hussin (YDP PIBG)

En. Ahamd bin Hussin mempengerusikan Mesyuarat Agung PIBG sebelum pembubaran AJK PIBG sesi 2007/2008.

Sebagai tanda kenangan dan terima kasih kepada YB kerana sudi meluangkan masa untuk merasmikan Mesyuarat Agung PIBG SKSKR Kali ke 34 ini.

'Kuih Teriak' kuih yang senonim dengan SK Seri Kampung Renggam. Hanya warga SKSKR saja yang lebih mengatahui istilah 'Kuih Teriak' ni

Posted by Zuri On 14:30 No comments

0 Komen:

  • RSS
  • Delicious
  • Digg
  • Facebook
  • Twitter
  • Linkedin
  • Youtube

Blog Archive

Guru Besar


Photobucket

ATAN BIN ABD RAHMAN
Guru Besar

Pesanan Kepada Kami

Nuff

Portal KPM